top of page

War Museum Penang

Muzium Perang ini yang terletak di Batu Maung merupakan salah satu tumpuan para pelancong di Pulau Pinang.Muzium Perang ini seluas 20 ekar memiliki pelbagai perkakasan dan barangan bersejarah berkait dengan tentera British dan sekutunya semasa Perang Dunia Kedua.Ia menampilkan tempat kediaman tentera British yang biasa dilihat semasa Perang Dunia Kedua. Barang-barang ini ditempatkan di beberapa tempat di atas dan di bawah peninggalan kubu lama British.Pelancong boleh menjelajah melalui berek tentera, rumah masak lama, bilik tahanan, terowong, dan liang pengudaraan.Ramai yang tidak tahu,sebenarnya Muzium Perang ini merupakan muzium perang yang terbesar di Asia Tenggara.

bottom of page