top of page

Fort Cornwallis

Fort Cornwallis, Penang Fort Cornwallis,dinamakan sempena nama Charles Cornwallis,Gabernor-General di Bengal dalam penghujung tahun 1700.Fort Cornwallis merupakan salah satu monument tinggalan sejarah yang terkenal di Pulau Pinang,sehinggakan sekiranya tidak menjejakkan kaki ke sini maka tidak lengkap kunjungan ke Pulau Pinang.Terletak di bandar Georgetown berdekatan dengan Padang Kota atau Esplanade,bersebelahan dengan Victoria Memorial Clock.Temboknya dibina setinggi 10 kaki tinggi dan  berbentuk bintang.Di dalamnya masih terdapat Chapel,sel penjara,stor simpanan senjata,rumah api dan meriam-meriam lama.Diantaranya terdapat sebuah meriam Belanda yang terkenal diberi nama Seri Rambai bertarikh 1603.

bottom of page