top of page

Bukit Bendera

Bukit Bendera merupakan sebuah kawasan Parlimen di negeri Pulau Pinang.Berada pada ketinggian 830meter daripada aras laut.Puncak Bukit Bendera (Bahasa Inggeris: Penang Hill) mempunyai suhu yang dingin dan panorama yang mengasyikkan.Secara umumnya, ia 5 darjah celsius rendah dari suhu ditempat lain di Pulau Pinang. Dari kemuncak, para pelancong disajikan pemandangan yang menakjubkan ke seluruh bahagian pulau bahkan juga ke tanah besar di seberang laut. Di puncak terdapat taman yang menyenangkan, restoran dan penginapan, sebuah kuil Hindu, serta Masjid Muslim di puncaknya.Bukit Pulau Pinang sebenarnya digelar Bukit Strawberi (Strawberry Hill) kerana ia juga merupakan pengeluar strawberi. Bentuk muka buminya dan suhu yang dingin amat sesuai bagi penanaman strawberi.Pengunjung juga boleh berjalan kaki atau jungle trekking ke puncak Bukit Bendera melalui Taman Botanikal Air Terjun.

bottom of page